ACF Fiorentina
ACF Fiorentina

ACF Fiorentina

ACF Fiorentina,[3][4] juga dikenali sebagai Fiorentina [fjorenˈtiːna], ialah sebuah kelab bola sepak profesional Itali berpangkalan di Florence, Tuscany. Diasaskan melalui penggabungan antara dua kelab pada tahun 1926 dan ditubuhkan semula pada tahun 2002 selepas bankrap. Fiorentina telah bermain dalam peringkat tertinggi bola sepak Itali dengan majoriti dalam sejarah mereka.Fiorentina telah memenangi dua kejuaraan Itali, pada musim 1955–56 dan 1968–69, enam Coppa Italia dan satu Supercoppa Italiana. Di peringkat Eropah, Fiorentina memenangi Piala Juara-Juara UEFA pada musim 1960–61. Mereka muncul naib juara Piala Eropah 1956–57 selepas tewas kepada Real Madrid dan sekali lagi muncul naib juara dalam Piala Eropah 1989–90 selepas tewas kepada Juventus.Sejak tahun 1931, kelab ini bermain di Stadio Artemio Franchi yang mempunyai kapasiti sebanyak 47,282. Fiorentina dikenali secara meluas dengan nama gelaran Viola, merujuk kepada warna ungu yang digunakan oleh mereka.

Rujukan

WikiPedia: ACF Fiorentina http://edition.cnn.com/2011/11/07/sport/football/f... http://www.football-lineups.com/team/Fiorentina/ http://www.geocities.com/violaequipe/altri/allena.... http://soccernet.espn.go.com/team/_/id/109/fiorent... http://www.goal.com/en/Articolo.aspx?ContenutoId=4... http://www.goal.com/en/teams/italy/142/fiorentina http://books.google.com/books?id=LSOmTCa8g50C&pg=P... http://www.stadiumjourney.com/stadiums/stadio-arte... http://www.uefa.com/community/news/newsid=2064391.... http://www.weltfussballarchiv.com/Vereinsprofilnew...